Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
SELAMAT DATANG KE LAMAN
RUHANA
 




HOME


BIODATA


SPINA BIFIDA


PERISIAN


HOBI

PERISIAN

   

     PERISIAN

    Satu kumpulan aturcara yang menghubungkan kita dengan          

    perkakasan komputer, mengandungi arahan-arahan tersusun

    yang perlu dipatuhi oleh semua bahagian komputer.

   Satu set arahan atau kod yang dilaksanakan oleh CPU, direkabentuk untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah atau melakukan tugas-tugas.

   Perisian atau program ialah arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana melaksanakan tugas.

   Tujuan perisian ialah untuk menukarkan data (fakta yang belum diproses) kepada maklumat (fakta yang telah diproses).

 

Terbahagi kepada :

    1. perisian sistem

    2. perisian aplikasi

     

PERISIAN SISTEM

 

   Program komputer yang mengawal perkakasan sistem dan berinteraksi dengan perisian aplikasi. 

   Gelaran lain ialah sistem operasi dan sistem operasi rangkaian.

   Perisian sistem ialah perisian “tulang belakang” sesebuah komputer bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer

   Ia bertujuan untuk menghidupkan komputer dan untuk menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi

          Terbahagi kepada tiga kategori:

                1. Sistem Pengendalian (Operating System)

                2. Perisian Utiliti

                3. Penterjemah Bahasa

 

1. Sistem Pengendalian

   Sistem Pengendalian membolehkan komputer mengenali pemproses (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan sebagainya.

   Ia adalah satu aturcara komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer

    Lazimnya disimpan pada cakera keras

   Sistem pengendalian mempunyai ciri dan kemampuan yg berbeza. Antaranya:

                1. Multitugasan

                     -keupayaan mengendalikan lebih dari satu tugasan

                       pada satu masa secara serentak.

                      -Pengguna boleh melaksanakan tugasan baru tanpa

                       keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan

                      -pengguna boleh menggunakan hasil dr tugasan

                       kedua dalam tugasan pertama.

                2. Multipengguna

                      -kemampuan sistem pengendalian utk membolehkan

                       lebih dari satu pengguna mencapai komputer 

                       pada satu masa.

                3. Multipemproses

                  -merujuk kpd sistem pengendalian yg boleh   

                   mengendalikan lebih dari satu pemproses secara 

                   serentak.

                  -kebanyakan komputer saintifik mempunyai lebih dari 

                    satu pemproses utk melakukan pengiraan dan

                    pemprosesan yang banyak.

                  -contoh: UNIX (Solaris), Windows NT.

                4. kelompok (batch)

                    -merujuk kepada bagaimana sistem pengendalian      

                     digunakan.

                    -awal era komp, data dan aturcara disediakan secara

                      kelompok (satu demi satu) untuk diproses oleh

                      komputer.

                    -pengguna tidak boleh memasukkan data semasa

                     aturcara diproses.

-              -Sekarang, sistem pengendalian secara interaktif.

                 Pengguna boleh memasukkan data semasa aturcara

                 dilaksanakan.

                 5. ingatan maya

                     -untuk menjalankan perisian aplikasi, sistem  

                      pengendalian akan memuatkan perisian aplikasi ke

                      dalam ingatan utama @RAM.

                     -jika ingatan RAM bersaiz kecil @ saiz perisian adalah

                      besar perisian tersebut mungkin tidak akan dapat

                      dijalankan.

                     -penyelesaiannya: sistem pengendalian akan

                      menggunakan kaedah ingatan maya (virtual memory)

                     -iaitu satu kaedah di mana sistem pengendalian akan

                      menggunakan sebahagian daripada storan sekunder

                      (cakera keras) sebagai ingatan utama.

 

PERISIAN SISTEM

          Contoh Sistem Pengendalian ialah:-

                1. Windows

                2. MS-DOS

                3. Mac OS

                4. UNIX

                5. LINUX

                6. BeOS

                7. Windows CE

 

2. Perisian Utiliti

   Melaksanakan tugas-tugas khusus, biasanya berkaitan dgn pengurusan alatan dan atur cara yang ada dlm komputer.

   Program perisian yang boleh digunakan untuk meningkatkan fungsi sistem operasi.

   Dengan kata lain, ia membantu perisian operasi dan perisian aplikasi. 

Aturcara Utiliti

- Contoh Aturcara Utiliti ialah:

          Disk defragmenter

          Screen Saver

          TelNet

          ScanDisk

          Data Compression Programs (WinZip)

          Backup

          Antivirus

3. Penterjemah Bahasa

   Perisian komputer dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.

   Bahasa Pengaturcaraan ialah satu set peraturan atau arahan yang memberitahu komputer operasi apa yang patut dilaksanakan.

   Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan.

   Terdapat lebih daripada 100 bahasa

 

Bahasa pengaturcaraan

Bidang dan kegunaan

Tahun

FORTRAN (formula teranslation)

Perhitungan saintifik

1956

C

Pembangunan sistem, kegunaan am

1957

COBOL

Perniagaan

1960

Visual Basic

GUI, Window

1990

CLOS(common Lisp Obeject System)

Perhitungan simbol, kecergasan buatan

 

C++

 

Pembangunan sistem yang besar, kompleks

1984

Java

 

Internet, GUI, pembangunan sistem

1995

Perl

 

Internet, CGI, teks

 

1990

Python

 

Internet, kegunaan am

1990

 

   Program aturcara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak pengguna

   Program komputer yang digunakan  untuk membuat atau memproses data, seperti dokumen teks, hamparan data dan grafik. 

   Terbahagi kepada dua:

  1. Perisian Asas
  2. Perisian Termaju

 

          i. Perisian Asas

    Perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran pengguna

          Contoh perisian asas:

      program pemproses kata

      program sistem pengurus pangkalan data

      program hamparan elektronik

      program aturcara grafik

      program permainan komputer

      program persembahan

 

ii. Perisian Termaju

   Perisian untuk tujuan khas dan memerlukan kebolehan dan kepakaran yang lebih untuk digunakan

   Terbahagi kepada tiga kategori:

                1. Busines application system

                2. Scientific application system

                3. Aturcara Aplikasi lain (pendidikan & perubatan)

   Laman-laman web yang berkaitan dengan Perisian Komputer:

    1. http://members.tripod.com/upsi_mit/software.html

     2.  http://b.domaindlx.com/infodata/pdf/komputer.pdf

     3. http://azri.free.fr/ak.php