![]() |
SELAMAT DATANG KE LAMAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
PERISIAN
PERISIAN Satu kumpulan aturcara yang menghubungkan kita dengan perkakasan komputer, mengandungi arahan-arahan tersusun yang perlu dipatuhi oleh semua bahagian komputer. • Satu set arahan atau kod yang dilaksanakan oleh CPU, direkabentuk untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah atau melakukan tugas-tugas. • Perisian atau program ialah arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana melaksanakan tugas. • Tujuan perisian ialah untuk menukarkan data (fakta yang belum diproses) kepada maklumat (fakta yang telah diproses).
Terbahagi kepada : 1. perisian sistem 2. perisian aplikasi
PERISIAN SISTEM
• Program komputer yang mengawal perkakasan sistem dan berinteraksi dengan perisian aplikasi. • Gelaran lain ialah sistem operasi dan sistem operasi rangkaian. • Perisian sistem ialah perisian “tulang belakang” sesebuah komputer bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer • Ia bertujuan untuk menghidupkan komputer dan untuk menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi • Terbahagi kepada tiga kategori: 1. Sistem Pengendalian (Operating System) 2. Perisian Utiliti 3. Penterjemah Bahasa
1. Sistem Pengendalian • Sistem Pengendalian membolehkan komputer mengenali pemproses (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dan sebagainya. • Ia adalah satu aturcara komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer • Lazimnya disimpan pada cakera keras • Sistem pengendalian mempunyai ciri dan kemampuan yg berbeza. Antaranya: 1. Multitugasan -keupayaan mengendalikan lebih dari satu tugasan pada satu masa secara serentak. -Pengguna boleh melaksanakan tugasan baru tanpa keluar dari tugasan yang sedang dilaksanakan -pengguna boleh menggunakan hasil dr tugasan kedua dalam tugasan pertama. 2. Multipengguna -kemampuan sistem pengendalian utk membolehkan lebih dari satu pengguna mencapai komputer pada satu masa. 3. Multipemproses -merujuk kpd sistem pengendalian yg boleh mengendalikan lebih dari satu pemproses secara serentak. -kebanyakan komputer saintifik mempunyai lebih dari satu pemproses utk melakukan pengiraan dan pemprosesan yang banyak. -contoh: UNIX (Solaris), Windows NT. 4. kelompok (batch) -merujuk kepada bagaimana sistem pengendalian digunakan. -awal era komp, data dan aturcara disediakan secara kelompok (satu demi satu) untuk diproses oleh komputer. -pengguna tidak boleh memasukkan data semasa aturcara diproses. - -Sekarang, sistem pengendalian secara interaktif. Pengguna boleh memasukkan data semasa aturcara dilaksanakan. 5. ingatan maya -untuk menjalankan perisian aplikasi, sistem pengendalian akan memuatkan perisian aplikasi ke dalam ingatan utama @RAM. -jika ingatan RAM bersaiz kecil @ saiz perisian adalah besar perisian tersebut mungkin tidak akan dapat dijalankan. -penyelesaiannya: sistem pengendalian akan menggunakan kaedah ingatan maya (virtual memory) -iaitu satu kaedah di mana sistem pengendalian akan menggunakan sebahagian daripada storan sekunder (cakera keras) sebagai ingatan utama.
PERISIAN SISTEM • Contoh Sistem Pengendalian ialah:- 1. Windows 2. MS-DOS 3. Mac OS 4. UNIX 5. LINUX 6. BeOS 7. Windows CE
2. Perisian Utiliti • Melaksanakan tugas-tugas khusus, biasanya berkaitan dgn pengurusan alatan dan atur cara yang ada dlm komputer. • Program perisian yang boleh digunakan untuk meningkatkan fungsi sistem operasi. • Dengan kata lain, ia membantu perisian operasi dan perisian aplikasi. Aturcara Utiliti - Contoh Aturcara Utiliti ialah: • Disk defragmenter • Screen Saver • TelNet • ScanDisk • Data Compression Programs (WinZip) • Backup • Antivirus 3. Penterjemah Bahasa • Perisian komputer dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. • Bahasa Pengaturcaraan ialah satu set peraturan atau arahan yang memberitahu komputer operasi apa yang patut dilaksanakan. • Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. • Terdapat lebih daripada 100 bahasa
• Program aturcara yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak pengguna • Program komputer yang digunakan untuk membuat atau memproses data, seperti dokumen teks, hamparan data dan grafik. • Terbahagi kepada dua:
i. Perisian Asas • Perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran pengguna • Contoh perisian asas: – program pemproses kata – program sistem pengurus pangkalan data – program hamparan elektronik – program aturcara grafik – program permainan komputer – program persembahan
ii. Perisian Termaju • Perisian untuk tujuan khas dan memerlukan kebolehan dan kepakaran yang lebih untuk digunakan • Terbahagi kepada tiga kategori: 1. Busines application system 2. Scientific application system 3. Aturcara Aplikasi lain (pendidikan & perubatan) Laman-laman web yang berkaitan dengan Perisian Komputer: 1. http://members.tripod.com/upsi_mit/software.html 2. http://b.domaindlx.com/infodata/pdf/komputer.pdf
|
|||||||||||||||||||||||||||||||